Hari Raya TUBUH dan DARAH KRISTUS (Tahun A-B-C)



Kata Pembukaan:

Sejak Yesus pada perjamuan malam terakhir bersabda,"Lakukanlah ini untuk mengenangkan Daku",maka setiap kali kita merayakan ekaristi.Bila kita makan tubuh-Nya dan minum darah-Nya,kita ikut serta dalam hidup,wafat dan kebangkitan-Nya.Kerana roti itu satu,maka kita bersama-sama merupakan satu tubuh.Dengan makan roti kehidupan dan minum darah keselamatan,kita kenangkan dengan rasa syukur bahawa Yesus telah mengorbankan diri-Nya seutuhnya bagi kita dan kini hidup dalam kemuliaan di sisi Bapa serta tetap menjadi pengantara kita.Semoga pertemuan kita bersama Yesus ditandai pula oleh cinta kasih.

Pembacaan :
1. Kej 14:18-20 "Melkisedek mempersembahkan roti dan anggur"
2. 1 Kor 11 : 23-26 " Setiap kali kamu makan roti ini dan minum dari piala ini,kamu mewartakan wafat Tuhan".
Injil : Luk 9 : 11b-17

Pengantara Injil ;
Alleluia..Alleluia...Akulah roti yang turun dari syurga.Barangsiapa makan roti ini akan hidup selama-lamanya.Alleluia..Alleluia

Antarbacaan :
R : Engkaulah imam seperti Melkisedek untuk selama-lamanya.
* Tuhan bersabda kepada Baginda,"dudulah di sisi kanan Ku,sampai musuh-musuh mu Ku jadikan tumpuan kaki mu."

* Tuhan meluaskan kekuasaan Baginda dari kediamaan-Nya di Sion,"Berkuasalah atas para musuh.

* Engkau berkuasa sejak kelahiranmu,di atas gunung yang suci,sejak engkau dikandung,sejak fajar masa muda mu."

*Tuhan telah bersumpah dan tidak menyesal ,"Engkaulah imam seperti Melkisedek untuk selama-lamanya